Monday, April 27, 2009

Kenapa Yahudi Bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang. Kejuruteraan, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood (dan di Iran suatu ketika dahulu), dan sebagainya.

Apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Tanpa merasa jenuh membuat latihan matematik sehingga melahirkan anak. Mereka berbuat demikian untuk melatih otak anak dalam kandungan supaya lebih berfikir.

Pemakanan.

Sejak awal orang mengandung gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

Ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Merokok.

Di Israel, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menghalau anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah orang yahudi)

Tadika.

Pemakanan anak-anak cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulasi (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Sekolah Tinggi (Menengah).


Murid-murid ditekan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ia berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, ide itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Mereka begitu agresif dan seriusnya tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak 1 juta Dolar Amerika! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ia dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Ibadah.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ia dianggap sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah ia sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Perniagaan.

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yang betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca-Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ia memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi istiqamah disamping mendengar musik klasik (lebih elok ayat-ayat suci Al-Quran).

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin, serta mengaji sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak (jangan pandang negatif atau remeh terhadap senjata menembak mainan)

Sunday, April 5, 2009

Gadis Melayu Terengganu Berparti Bertuhankan CARLSBERG!



Inikah yang kita mahu?Masa depan anak muda Melayu kian gelap!

Monday, March 30, 2009

Kita KALAH Pemilihan Pemuda!

Kita kalah pemilihan Pemuda tempohari. Dibilang 'kita' yang kalah kerana saya tidaklah kalah keseorangan. Kalaupun saya sendiri yang kalah tetapi Dato' Mukhriz Tun Mahathir dan majoriti 'papan'nya menang, saya mungkin masih menganggap 'kita' menang.
Kalaupun Datuk Seri Khir Toyo dan majoriti 'papan'nya menang, saya boleh mengatakan 'kami' kalah, tetapi 'kita' menang.


Malangnya, YB Khairy Jamaluddin atau 'KJ' dan majoriti 'papan'nya menang, maka kita Pemuda UMNO kalah. Jelasnya kalah Pemuda apabila:


*
Kita Pemuda UMNO diherdik secara langsung oleh para perwakilan induk sebagai pengkhianat kerana melanggar saranan Datuk Seri Najib untuk Berani Berubah.

*
Pemuda juga harus malu yang pilihan ~38% dari kita, KJ, di-'boo' oleh perwakilan induk, orang-orang tua kita, setiap kali namanya sahaja disebut.

*
Kita Pemuda juga kalah apabila ditanya orang kampung bertubi-tubi kenapa harus KJ dipilih apabila akar-umbi lebih gemar yang lagi dua, apatah lagi rakyat tertarik dengan Dato' Mukhriz.

*
KJ sendiri harus ditanya kenapa kalau beliau pilihan popular majoriti Pemuda, kenapa polis harus mengiringinya kesini-sana sewaktu persidangan partinya sendiri, padahal pemimpin lebih tinggi darinya selamba berlegar di Riverside bersama Perwakilan.


APAKAH YANG BERLAKU PADA HARI-HARI TERAKHIR PEMILIHAN?

Satu buku telah diterbitkan sejurus sebelum pemilihan Pemuda, bukan Tuah dan Sial tetapi positif untuk KJ, yang menunjukkan beliau bakal menang. Kebanyakan perwakilan Pemuda tidaklah memandang serius kandungan buku tersebut, kerana berdasarkan pecahan sokongan antara 3 calon Ketua Pemuda yang dipaparkan bagi negeri mereka sendiri, ramai dapat melihat ramalan buku tersebut tidak tepat, malah lebih bersifat dakyah.

Namun, KJ menang dengan nisbah yang seumpama ramalan buku tersebut. Setelah berehat sepanjang hujung minggu selepas kekalahan kita, saya mula menganalisa kejadian sepanjang hari-hari terakhir pertandingan. Hasil pemantauan tersebut, saya menyedari yang buku tersebut merupakan sebahagian dari 'forward defence' atau hujah mempertahankan kemenangan mengejut KJ.


Buat pengetahuan mereka yang berminat tetapi tidak terlibat:

1.
Pada minggu terakhir pertandingan, jelas kepada semua perwakilan yang perlumbaan ke jawatan Ketua Pemuda hanyalah antara Dato' Mukhriz dan Datuk Seri Khir Toyo. Dianggar kedua-duanya ada undi jitu sekitar 200+ dari kubu-kubu yang tegar, manakala tugu KJ di Perak dan Kelantan sudah pun pecah, di mana undi jitu beliau hanya sekadar 100+. Namun, perebutan undi masih rancak untuk sekitar 200 undi yang masih 'liar'.

2.
Selesai ucapan DS Najib yang terlihat menyokong Dato' Mukhriz dengan menyebut slogan Berani Berubah pada perasmian mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri, kem DS Khir kelihatan bersedia untuk aktiviti 'malam akhir', tetapi keesokan harinya, para pengikutnya kelihatan sedia bersantai dengan geng Mukhriz sambil tersenyum-tawa, sedia menerima kekalahan.

3.
Pengiraan undi Pemuda tergendala selama 4 jam hasil bantahan wakil-wakil calon kerana pada hemah mereka, kertas-kertas undi serta pengira undi yang terdiri dari para pelajar UITM terletak terlalu jauh untuk dipantau. Pengiraan undi hanya bermula pada jam 6.30 petang. Pengiraan undi dikatakan diulang paling kurang 4 kali!

4.
Berita 'kemenangan' KJ dan Dato' Seri Shahrizat Jalil mula diterbitkan oleh Malaysiakini sekitar masa pengiraan undi untuk Pemuda bermula. Saya pada mulanya menganggap ini sebagai dakyah pembangkang, tetapi kini merumuskan ini sebahagian dari 'forward defence' KJ lagi. Semua yang hadir di PWTC tahu yang DS Shahrizat bakal menang maka menggandingkan ini dengan 'kemenangan' KJ membawa 'mengesahkan berita' tersebut.

5.
Berita awal dari bilik pengiraan undi menyatakan Dato' Mukhriz menang, dan beliau memasuki dewan sekitar jam 9 malam. Namun keputusan rasmi masih belum diterbitkan. Sekitar jam 11 malam, KJ tiba dan keputusan kemenangan beliau, bersama dengan gandingan exco yang tak diduga, diumumkan. Majoriti perwakilan ternganga, baik di dalam dan di luar dewan.


BAGAIMANAKAH KJ BOLEH MENANG?

Punca kemenangan KJ adalah ~200 undi 'liar' atau yang 'belum dikunci' menjelang hari mengundi. Dari segi mathematik, undi tersebut memang cukup untuk memastikan kemenangan KJ asalkan ia dikunci dengan baik. Namun, dengan berselendangkan bau kekalahan, tak mungkin KJ dapat meraih undi tersebut kecuali dengan 'pemangkin' yang baik. Ye lah, ada yang panggil 'garam', ada juga menyebut 'barang', tapi saya katakan 'mangkin' di sini untuk mengelak tuduhan...

Pada masa ini, ada 2 tuduhan yang dilemparkan ke arah KJ dan sekutunya, yakni:

1.
Berlaku salah-laku pengiraan undi exco Pemuda, yang sekiranya terbukti, akan menimbulkan tanda-tanya juga terhadap kesahihan kemenangan KJ.

2.
KJ membeli undi pada malam terakhir, sekitar RM10k-20k, dan pengagihan sebenarnya bermula pada malam sebelumnya. SPRM dihalang bertindak kerana dikatakan pengagihan dilakukan juga DI SERI PERDANA!


NAMUN, PADA HEMAH SAYA, INI SEMUA TIDAK PENTING...

Saya tidak terlibat dalam mana-mana usaha ini. Ini kerana saya merasakan usaha ini tidaklah penting dari konteks ketentuan nilai di dalam Pemuda UMNO sekarang.

Pendek kata, apakah pentingnya sama ada KJ menang kerana salah-laku pengiraan undi ataupun rasuah. Malah, jika KJ menang tanpa muslihat sekalipun, apakah nilai yang dipegang perwakilan yang sedia memilih seorang pemimpin yang bukan sekadar belum matang tetapi membawa hina dengan cacat-cela pada perilakunya sebelum ini?! Dan sekiranya KJ syumul sekalipun, kenapakah pula kita memilih pemimpin yang terbukti ditolak oleh rakyat?

Persoalan saya yang sebelumnya, yakni 'Untuk Apa Perjuangan?', terlihat tidak terjawab oleh terlalu ramai calon dan perwakilan Pemuda tahun ini. Jika ada pun harapan pada UMNO, ia terlihat dengan keputusan majoriti kaum dewasa yang bukan sahaja memilih Timbalan Presiden serta Naib-Naib Presiden menurut lunas-lunas perjuangan yang ada nilainya.

Namun bibit-bibit keciciran nilai juga sudah mula ternampak di kalangan perwakilan induk apabila calon seperti Datuk Abdul Azeez Rahim terpilih sementara tokoh-tokoh lebih berwibawa seperti Datuk Abdul Ghani Othman dan Datuk Syed Ali Al-Habshee tidak sampai undinya ke Majlis Kerja Tertinggi. Saya yakin keciciran ini amnya berputik dari Pemuda...


PERJUANGAN BELUM SELESAI

Ternyata perjuangan kita belum selesai, tetapi setidak-tidaknya, persoalan, dialog, 'Untuk Apa Perjuangan?' sudah dimulakan. Niat saya bukan untuk popular, tetapi untuk mencelikkan mata. Walaupun saya redha dalam kekalahan, saya sedih yang KITA KALAH. Semoga kekalahan ini menjadi titik pemulaan kesedaran dan pembaharuan, kiranya tidak, sia-sialah segalanya dan mangsanya pasti zuriat Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya...

Mungkin sia-sia tidaknya pengajaran akan mula terjawab pasca aksi Pemuda di Bukit Gantang dan Bukit Selambau? Wallahualam...


Melayu Kini Berpecah Enam

Petikan dari artikel, Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti, di Utusan Malaysia bertarikh Mac 25hb, 2009:

Secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti. Cuba lihat senario ini:

*
Golongan Melayu Liberal.
Mereka ini sudah hilang ''semangat dan roh'' (the spirit and soul) orang Melayu. Orang Melayu aliran itu sudah pudar ciri-ciri kemelayuan yang ditanam oleh datuk nenek mereka. Mereka tidak peduli siapa yang menerajui pemerintahan, asalkan ia sama rata. Golongan terpelajar hasil kelahiran DEB ini makin bercambah. Mereka ini menganggap bukan DEB itu yang menjayakan diri mereka - menghantar mereka belajar ke luar negara, tapi sifat merit yang ada pada diri mereka sendiri. Mereka ini ada yang berada dalam kerajaan, golongan pelajar di universiti, tokoh-tokoh korporat, profesional dan berada di mana-mana sahaja.

*
Golongan Melayu Ulama (yang menolak semangat ke-Bangsa-an).
Mereka menolak UMNO. Kata mereka UMNO itu tidak berlandaskan Islam, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Pas aliran Nik Aziz. Aliran antiassabiyah Nik Aziz memang jelas dari dulu lagi, iaitu jika UMNO mahu bersatu dengan Pas, UMNO perlu ikut cara Pas. UMNO perlu nyahkan semangat kebangsaannya. Bagi Nik Aziz kebangsaan UMNO adalah mengenai Melayu dan ia bukan Islam. Aliran Nik Aziz hanya membenarkan Islam semata-mata, tidak termasuk Melayu. Bagaimanapun, mutakhir ini, aliran Nik Aziz nampaknya bertentangan pula dengan aliran Hadi. Hadi dikatakan mahu bekerjasama dengan UMNO demi Melayu. Nik Aziz memberi amaran dia ialah nakhoda dan Hadi perlu dengar cakapnya. Golongan aliran ini semakin banyak, dan ia terdiri daripada golongan muda.

*
Golongan Melayu PKR (yang menolak UMNO kerana ia menolak master mereka Anwar Ibrahim).
Asalnya orang Melayu PKR adalah bekas orang UMNO. Kita tidak pasti sampai bila Melayu PKR ini akan terus wujud, tapi melalui perincian, golongan Melayu ini tidak akan kekal lama. Namun, lama tak lama, itu tidak penting - tapi yang penting ialah sejauh mana ia boleh memecahbelahkan lagi orang Melayu. Aliran mereka ialah kesamarataan - sama dengan golongan liberal. Sudah tentu konsep sama rata mereka berbeza dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN sejak lebih 50 tahun lalu. PKR bukan parti asas Melayu seperti UMNO atau Pas, ia adalah parti pelbagai kaum. Namun ramai orang Melayu (terutamanya di kampung-kampung dan luar bandar) terkeliru menganggap PKR sebagai parti Melayu seperti UMNO dan Pas. Hakikatnya, di peringkat payung pakatan pembangkang, PKR dikuasai oleh bukan Melayu. Orang bukan Melayu melihat parti ini sebagai parti alternatif kepada mereka yang menolak MCA, MIC mahupun DAP.

*
Golongan Melayu DAP.
Adalah segelintir. Tapi sejarah dan rekod menunjukkan mereka tidak boleh ke mana-mana.

*
Golongan Melayu Atas Pagar.
Golongan ini cukup-cukup terkeliru. Kerana kekeliruan yang mereka hadapi - mereka tidak peduli. Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada bangsa mereka, asalnya mereka boleh hidup seperti biasa. Golongan yang bersifat individualistik ini bagaimanapun amat bijak memerhati, tanpa banyak bercakap. Perkataan yang sering penulis dengar daripada golongan jenis ini ialah: ''Aku Sudah Muak''. Golongan ini boleh mengambil langkah berkecuali, tidak peduli atau pun memihak kepada pembangkang secara protes. Perlu diingat, dalam sesuatu pilihan raya, golongan ini adalah penentu kepada kemenangan. Bagaimanapun golongan ini boleh memasuki ke mana-mana aliran di atas jika tidak dirawati penyakit keliru mereka.

*
Golongan Melayu UMNO.
Golongan ini sekarang bukan seperti datuk nenek mereka yang berjuang pada awal, pertengahan sejak penubuhannya 63 tahun lalu. Golongan pejuang UMNO dulu adalah aktivis yang jati diri mereka cukup hebat. Mereka tidak mewah, mereka tidak gelojoh, mereka tidak tamak, tidak seperti generasi UMNO sekarang. Namun perkhidmatan mereka kepada UMNO, masyarakat, orang Melayu di kampung-kampung cukup berkesan. Orang Melayu, Cina dan India pada masa itu dapat disatukan - satu suara, satu hati. Semangat dan roh Melayu Islam terserlah di mana-mana. Hari ini (pada hari perhimpunan UMNO ke-59 ini) sikap negatif UMNO banyak diperkatakan. Kebanyakannya ialah berkisar kepada isu yang tidak mahu didengari oleh aktivis terdahulu.

Rumusannya, Melayu berpecah kepada enam kumpulan. Sama ada teori ini boleh diterima, terserahlah.

Jika itulah teorinya, UMNO bukan lagi sebuah pertubuhan yang boleh mendabik dada mengatakan ia adalah institusi siasah Melayu yang ulung. Jika dulu ya, sekarang masa dan keadaan telah mengubahnya.

Mengapa jadi begitu? Persoalan besar yang perlu dijawab UMNO sekarang ialah: Apakah UMNO masih lagi relevan? Apakah UMNO masih lagi menjadi tempat untuk bertaut? Apakah UMNO boleh diharapkan? Apakah UMNO adalah pejuang bangsa? Apakah UMNO untuk agama, bangsa dan negara?

Siapa pemimpin UMNO sekarang? Apakah mereka boleh membeli dan dibeli? Apakah kualiti mereka? Sukakah orang Melayu kepada mereka? Adakah golongan 'muak' tadi boleh menerima mereka semua? Akan berubahkah mereka? Jika ya, siapakah penyelamat UMNO?


Tuesday, February 10, 2009

Krisis Di Perak-Penjelasan Dari Sudut Undang-Undang!

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.


3 ADUN Sudah jumpa Sultan


Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.


Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”

Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?


Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.


Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

p/s: Si Nizar gila kuasa,macam mana nak serah kuasa?

Sunday, February 8, 2009

Sultan Perak Dimaki Hamun!




Sesiapa yang melawat laman web rasmi Sultan Perak, di sana terdapat buku pelawat laman web tersebut. Sejak semalam para pengunjung telah menggunakan buku pelawat itu untuk mencaci dan memaki Sultan Perak dengan perkataan-perkataan yang berat. Sila lawat buku pelawat Istana tersebut http://books.dreambook.com/duli/duli.html. Antara makian tersebut:

Name: hang jebat
Comments: Marilah semua rakyat negeri perak jgn aminkan doa untuk sultan perak sultan perak sudah tidak respect terhadap rakyat perak


Name: abuya
E-mail address: abuya@gmail.com
Comments: Apa dah jadi.Nampaknya macam x takut dengan azab ALLAH. Penat udah tangan ambo mengaminkan doa untuk tuanku. Mulai hari ini berakhir doa untuk tuanku dan keturunannya.Wajar lelaku sultan Mahmud mangkat dijulang dijadikan iktibar.


Name: AnakJati Perak
Comments: Mari kita sama-sama doakan supaya Sultan Perak di bala ALLAH sebelum dia Mati. Semua rakyat Perak yang berhati mulia diminta mendoakan kehancuran Sultan Perak. Juga masukkan sekali doa katak-katak tiga orang tu. Ya Allah kepada Mu jua ku pohon supaya memberi balasan yang sewajarnya kepada yang mengkhianati amanah termasuk Sultannya sekali. Amin ya Rabbal ‘A lamin.


Name: rakyat prihatin
E-mail address: xyah tahu
Homepage URL: http://supplier c4.com
Comments: ampun tuanku…sesungguhnya tuanku mengikuti jejak langkah raja2 zalim seperti firaun.tuanku masih boleh ubah keadaan.bubarkan parlimen esok ketika majlis angkat sumpah.InsyaAllah… mungkin kesalahan tuanku yg takut didedahkan rakyat boleh ampunkan.jangan lupa bertaubat kepada Allah S.W.T


ini cuma 1% sahaja dari cacian terhadap Sultan Azlan Shah.Kini laman tersebut telah ditutup sementara kerana diceroboh dengan kata-kata cacian.Kepada sesiapa yang mempertikaikan kreadibiliti Sultan Azlan Shah,sila lawat laman dibawah.

http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Azlan_Shah

p/s:pengkhianat yang bodoh.

Saturday, February 7, 2009

Budaya Menderhaka di Perak!

1-2 minggu kebelakangan ni memang panas di Perak.Nasaruddin(Adun Bota) mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan rakyat Malaysia apabila melompat ke PKR.Kemudian 3 Adun Pakatan Rakyat pula keluar dari parti dan mengistiharkan mereka Adun bebas tetapi memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN).Situasi ni dirumitkan lagi apabila Nasaruddin yang 'hilang' 10 hari dalam dakapan BN,pulang semula.

Ramai sedia maklum bahawa antara negeri yang dilihat antara paling tak kukuh dibawah kuasa PR adalah di PERAK.Perak menarik perhatian umum apabila mencetuskan pelbagai kontroversi yang mlibatkan sensitiviti orang Melayu.Pemberian tanah khususnya dilihat terlalu berat sebelah oleh orang Melayu.EXCO Perak juga memperlihatkan bilangan orang Melayu yang sedikit (3 orang) termasuk Nizar selaku MB.Sesuatu yang menghairankan apabila 2 Adun Pakatan merangkap EXCO Perak yang bakal berdepan tuduhan rasuah,mengisytihakan BEBAS.Adakah ini merupakan satu protes akibat Nizar tidak hanya menuruti arahan EXCO dari DAP?Atau adakah ini merupakan satu lagi propaganda Anwar Ibrahim untuk "menyerang" BN dengan mengupah Adun rasuah mereka untuk menyertai kerajaan?

Minggu ini mencetuskan huru hara di Perak.Apabila Sultan Perak tidak memperkenankan Nizar untuk membubarkan ADUN PERAK dan memintanya meletak jawatan.Sebaliknya,Nizar "memohon derhaka" kepada Sultan Perak dengan tidak mahu meletakkan jawatan.Menurut Undang-Undang Tubuh Perak,jawatan MB akan dianggap kosong walaupun Nizar tidak meletak jawatan.Kenyataan Media yang dibuat beberapa hari lepas turut disertai pemimpin tertinggi PR (dah takda kerja agaknya).Secara automatiknya,mereka pun sudah DERHAKA apabila memberi sokongan penuh kepada Hang Jebat berjanggut kambing.

Semalam merupakan kemuncak kepada "Pesta Penderhakaan" apabila penyokong PR membuat onar dengan berdemonstrasi di Istana Perak.Demonstrasi itu turut mengheret murid sekolah untuk menyertai sama.Adakah ini berlandaskan undang-undang?Kenapa mengheret pelajar sekolah bersama-sama anda untuk menderhaka?Adakah kehadiran pelajar sekolah menunjukkan perjuangan anda disokong pelbagai peringkat umur?

Budaya berdemonstrasi ini tentu sekali diwarisi oleh idola mereka,ANWAR IBRAHIM.
Namun bagaimana pula dengan BUDAYA MENDERHAKA?Tahun lepas Karpal Singh mengkritik institusi beraja namun ditentang pelbagai golongan masyarakat melayu yang 'berteriak' mengenai adat Melayu.Itu cerita tahun lepas,tetapi tahun ini?Fahaman liberalisme yang didokongi Karpal Singh dan Anwar Ibrahim kini menyerap kedalam pemimpin Pas...kemudian kedalam penyokong PR pula..kemudian?

p/s : Karpal,Nizar dan....(ada otak fikirlah sendiri)

Yang Benar,

post signature

Translate My Blog!